| |
|
PROFIL: NIK
MAZNAH BT NIK YUSOFF |

Beliau
memulakan kerjaya sebagai Junior Draughtperson selama empat (4)
tahun bermula dari 1984 di dalam bidang Graphic/Interior Design di
Dienviro Design Centre, Petaling Jaya, Selangor.
April 1989, beliau ditawarkan mengikuti satu kursus ”Asas Pemotongan
Fesyen Pakaian” selama tiga (3) bulan oleh pihak International
Fashion Training Centre (IFTC). Sejak itu, beliau tidak menoleh ke
belakang dan meneruskan kerjaya di dalam bidang fesyen sebagai Batik
Designer (Chanting) seterusnya meneruskan kursus penuh Rekaan Fesyen
sehingga 1990.
Memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di International Fashion
Training Centre (IFTC) pada tahun 1991 sehingga 2006. Sepanjang lima
belas (15) tahun mengajar, beliau pernah dihantar berkursus ”The
Secret of Paris Fashion” selama sebulan di Milan, Paris pada Ogos –
September, 1992.
Berhijrah ke Kuwait pada tahun 2006 untuk mencari pengalaman sebagai
Pereka Fesyen dan diterima bekerja di Asiah Atelia, Salmiyah dan
Lovely Fashion, Hawally, Kuwait.
Seterusnya pada tahun 2007-2008, beliau diberi kepercayaan sebagai
Accessories Designer di tiga (3) buah butik barang perhiasan wanita
oleh Anisa Atelia, Saah Salim , Mahera Atelia, Sabah Salim dan juga
di Via Rama Atelia, Fahaeel, Kuwait.
Beliau kembali semula ke Malaysia pada March, 2008 dan mula bekerja
sebagai Freelance Designer bersama Dato’ Tom Abang Saufi sempena
Kuala Lumpur Fashion Festival dan Dubai Fashion Week.
Antara butik tempatan yang pernah mendapatkan khidmat beliau adalah
Maya Studio, Asiana Silk, Butik Tenun, Diana Batik, Rouhel@Collection,
Warisan Klasik dan banyak lagi.
Pencapaian tertinggi beliau pernah dianugerahkan Best Illustration,
Best Cutting, Honorable Mention for Casual Batik Dress.
|
|